Tuesday, November 22, 2016

Jual Kek RM1, Bekas Jururawat Ini Jana RM1,500 Sehari Selepas Hanya 6 Hari Beroperasi


  • Dan kini, nama Kek Sriya pula menjadi sebutan orang ramai. Kek yang dijual dengan harga HANYA RM1 sepotong ini mula viral sejak beberapa hari lalu.

      • 4939Image via Kek Sriya
        Pemilik Kek Sriya, Nadia Hazwani Harizan.
    • Tidak ada pengalaman dan tidak pernah mengambil mana-mana kursus pembuatan kek,Nadia Hazwani Harizan, 26 yang merupakan seorang bekas jururawat telah menjadikan bisnes penjualan kek sebagai karier sepenuh masa.

      Dengan hanya berpandukan resipi dari media sosial khususnya YouTube, Nadia atau lebih mesra dengan panggilan Yaya Hazwani kini menjual lima jenis kek "berkelas elit" iaitu Indulgence, Chocolate Moist, Red Velvet, Chocolate Snow Cheese dan Orange Cheese Leleh dengan harga hanya RM1 sepotong.
       says.com
    •  says.com
    • Yaya Hazwani mula berniaga secara kecil-kecilan sejak tiga tahun lalu selepas beliau berhenti berkhidmat sebagai seorang jururawat. Semuanya dilakukan atas dasar minat yang mendalam terhadap baking.
       says.com
  • Pada mulanya, beliau mengakui agak sukar untuk mendapatkan pelanggan apabila meletakkan harga RM5 sepotong

    • “Mulanya saya menjual dengan harga RM5 sepotong termasuk perkhidmatan penghantaran ke rumah dan mendapat sambutan, namun lama kelamaan sambutan semakin hambar berikutan ekonomi yang tidak menentu sekarang," kata Yaya.

      Kemudian, Yaya nekad menurunkan harga sebanyak 80% dan menjual sepotong kek dengan harga RM1 sahaja.

      "Pada mulanya bimbang juga mengalami kerugian namun saya cekalkan hati dengan niat berniaga sambil beramal sambil dibantu suami, Mohd Affandi Mohd Azaha, 30," katanya lagi.
       says.com
    • Strategi ini tampak membuahkan hasil apabila semakin hari semakin ramai orang menyerbu premis perniagaannya di rumah.

      Dari situlah munculnya nama 'Kek Sriya' - seringgit atau satu riyal dalam loghat Terengganu.

      Sejak daripada itu, perniagaan Kek Sriya by Dhia's Homemade yang berpangkalan di Kuala Terengganu ini terus menjadi bahan bualan orang ramai dan menjadi viral dalam sekelip mata.
       says.com
  • Tanpa disangka-sangka, perniagaan ini mampu menjana pendapatan sebanyak RM1,500 sehari selepas hanya 6 hari beroperasi!

      • 18a5Image via Kek Sriya
        Suami Yaya, Mohd Affandi Mohd Azaha.
    • “Hari pertama kami hanya mampu meraih RM192 sehari sebelum jualan kek seriyal (RM1) itu diviralkan di Facebook menyebabkan pelanggan semakin meningkat.

      "Selepas enam hari beroperasi, jualan kami mencapai RM1,500 sehari, sekali gus menyebabkan ahli keluarga termasuk ibu, ayah dan adik-beradik turut sama membantu untuk menyediakan kek untuk dijual,” kata Yaya lagi.
       hmetro.com.my
  • Menurut laporan Astro Awani, Yaya menjadikan 'jujur dan ikhlas' sebagai resipi utama dalam perniagaan. Lihat video di bawah:


No comments:

Post a Comment