Tuesday, November 22, 2016

KEJAMNYA LELAKI INI!! Bayi INI Melecur Satu Badan Terkena Minyak Panas Kerana Jantan Keparat Ini !!


KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia 1 tahun 3 bulan, melecur di seluruh badan akibat terkena minyak panas dalam kejadian 14 November lalu. 

Dalam kejadian jam 11 malam sebuah gerai makan di Bukit Ampang, mangsa, Nor Alissha Jannah Abdullah, terkena tumpahan minyak panas dari kuali yang ditendang oleh salah seorang dari tiga lelaki yang tidak berpuas hati dengan seorang pekerja gerai bapanya. 

Menurut laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa, salah seorang pekerjanya yang sedang memasak secara tidak sengaja tertumpahkan minyak masak yang panas lalu terkena pada kaki suspek. Pemilik itu kemudian memohon maaf di atas perkara tersebut, namun suspek terus beredar dari gerai tersebut sebelum kembali semula membawa dua lagi rakannya.

"Tiba-tiba datang dua lelaki yang tidak dikenali menyerang dan menumbuk badan saya. Salah seorang daripada mereka secara tidak sengaja tersepak kuali minyak panas lalu terkena pada saya, isteri dan anak. 

"Akibat dari pergaduhan itu, saya mengalami kecederaan melecur di kaki dan isteri saya melecur di badan serta anak saya juga melecur seluruh badan," katanya. 


Jelas bapa mangsa, ketiga-tiga suspek itu sebenarnya menyasarkan pekerjanya tetapi dua rakan suspek utama tersilap orang dan menyangka dia yang menumpahkan minyak panas pada kaki suspek utama menyebabkan dia diserang. 

Ketiga-tiga mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, namun keadaan bayi mereka masih dalam keadaan kritikal. 


Menurut sumber, suspek utama berasal dari Semporna, Sabah dan pernah bekerja di premis makanan segera, McDonald's Ampang Point. 

Gambar mangsa dan suspek kini viral di media sosial dan netizen diseru untuk menyebarkan gambar suspek agar lelaki itu segera ditahan untuk tindakan undang-undang. - The Reporter

No comments:

Post a Comment